Tuesday, April 27, 2010

Abang Semak

"Nak g masjid ke!!!??"

Perkenalan semak maybe.
Mane ade org kuar dari semak menjerit
macam tuh nak mintak tumpang keter.
Penjelasannye ringkas. "shortcut dik"
betul kot klu nak ikutkan direction dari umah beliau.

Abang,
klu betul kamu dapat hidayah,
klu betul kamu mimpi dunia musnah,
klu betul kamu mimpi bertemu Rasullullah,
Alhamdulillah abang, tuhan sayang kamu.

Kerana abang,
kebanyakan daripada kami,tak dapat rase semua tuh,
kebanyakan daripada kami,masih lagi 'tertipu',
kebanyakan daripada kami,masih lagi 'jauh',
Kamu bertuah abang.Aku dengki kamu.

Tapi abang,
jangan terlalu bergantung padaku,
jangan terlalu mengeluh dgn hidupmu,
jangan terlalu meminta simpati,
Kamu kena kuat. Hidup memang susah.

Namun abang,
jika kamu pelakon dalam drama agama,
jika kamu jadikan loud speaker hanfon sebagai bukti,
jika kamu hidup dgn cara bengkok,
Moga tuhan luruskan jalan kamu.

Selamat datang saudara baru.
Moga aku dapat belajar sesuatu daripada kamu.

No comments:

Post a Comment