Tuesday, November 2, 2010

Setakat Mana Keyakinan Kita Pada Allah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Seorang teman ade bercakap tentang kawannya yang mengamalkan ayat2 pengasih untuk mendapatkan jodoh..aku byk berdiam diri sambil berfikir.

Ramai gak yg mengamalkan ayat2 macam nih.ayat pengasih, ayat seribu dinar, ayat untuk musuh jadi gentar dgn kita, dan macam2 ayat lagi.

Ada jugak yg mengatakan jika bace ayat "ni" lepas subuh dan asar, insyallah 7 hari lepas tu akan dapat jodoh.

"Dulu dia ade bace ayat ni la, lepas 7 hari, pompuan tu dtg ke umah dia"

"Ko bace ayat ni 11 kali tiap2 kali lepas solat, sambil bayangkan muka dia, jgn termiss walau sekali pun lepas solat, ko amalkan 7 hari berturut-turut, insyallah dia akan lembut hati pada ko"

Kita bace ayat Quran ni sebenarnye untuk tujuan ape?adakah ikhlas kita bace 11 kali lepas solat, then bayangkan muka org tuh,bukan ke sepatutnye kite bace ayat tersebut, dan memahami ape yg Allah nak sampaikan.Ape pelajaran yg dapat diambil.Bukankah sepatutnye amalan bace ayat2 tuh untuk menguatkan lagi keimanan dan keyakinan kepada Allah?

Ape maksud ayat seribu dinar sbg contoh?

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."




Adakah "ayat" ini yg memberi rezeki ataupun KEYAKINAN kepada Allah bahawa sesiapa yang BERTAKWA & TAWAKKAL kepada Allah, Allah akan sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.Yang memberi keuntungan atau rezeki bukannye ayat seribu dinar yang tergantung besar2 di kedai, dan juga bukan jugak yang diletak sorok2 dalam laci kedai, tapi semuanya adalah daripada Allah.

Adakah kite yakin kepada rezeki daripada Allah jika kita berniaga contohnye, kite melambat-lambatkan solat semata-mata untuk menguruskan perniagaan, takut terlepas customer penting atau job2 penting.Adakah timbul keyakinan pada diri kite kalau tiba2 sahaja kite dilanda masalah, kita mula resah gelisah, padahal kalau betul kite mengamalkan ayat di atas, kita dah tak perlu risau tentang masalah2 tersebut kerana kita yakin Allah sentiasa ada untuk membantu.Apa yang menyebabkan mukmin menjadi kuat dari semua aspek sama ada dari jodoh, kehidupan, rezeki, dan bukannye melalui pengamalan ayat2 tersebut, tetapi adalah pemahaman tentang ayat2 Allah.

Bila kita paham ayat2 Allah melalui pengamalan ayat2 tersebut, barulah timbul rasa yakin bahawa Allah sajalah tempat bergantung. Bila dah timbul rasa yakin bahawa Allah saje tempat bergantung, tak semestinya bace ayat2 tersebut untuk mencapai sesuatu.Kalau Allah dah suka, cuma angkat tangan dan mintak, Allah akan makbulkan.Kalau Allah dah sayang,malas nak angkat tangan, mintak je dalam hati, Insyallah akan bagi.

Pikirkan blek dalam senario kehidupan masyarakat Melayu tentang masalah2 alam ghaib.Rasukan jin, tempat berhantu, umah dibakar hantu, kalau kita bace ayat kursi,jin tu tak lari, mula lah kite panggil bomoh/ustaz untuk halau mende2 tuh.Kita bace Kursi, ustaz tu pun bace Kursi, kenapa bile ustaz bace, jin tu lari??tak betul ke bacaan kite??mungkin bacaan ustaz tu lagi betul?so nape kite tak betulkan?nape kite nak bergantung kepada org lain dalam menyelesaikan masalah?ataupun setakat mana keyakinan kite kepada Allah untuk menyelesaikan masalah?adakah kalau kita dah start panggil bomoh tu bermaksud kite yakin dgn Allah?nape kite tak yakinkan diri sendiri untuk yakin pada Allah?

Mungkin ada yang jawab sebab ustaz/bomoh tu ade ilmu belajar dah lame.adakah ilmu yg dibelajar tu yg membantu atau YAKIN dan HARAP hanya pada Allah yg membantu? .Kita ni tiada ape2 pun.Nothing.Satu nikmat je Allah tarik, terus kite jadi susah.Semuanya milik Allah.Oleh itu, aku berpesan pada diri sendiri, dan pada sape2 yg nak amik pesanan ini, yakinlah pada Allah dalam ape juga perkara.Bila kita dah yakin, takde ape2 pun dalam dunia ni yang akan boleh buat kita risau.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong.

Wednesday, October 20, 2010

Keinginan

Bismillahirrahmanirrahim..


"Lame benar dia solat. mintak 'kerja' satu dah la dari tuhan, mintak byk2 nanti tuhan menyampah lak" gelak brader ni.

Mungkin tujuannye utk bergurau saje dan takde niat pun nak cakap begitu.Aku cuba berbaik sangka dalam semua perkara. Dalam perbuatan, percakapan, perjalanan hidup dan semuanya.

Tiap2 kali lepas solat, bagi yang berdoa dalam bahasa melayu, mesti doa yang tidak terlepas daripada mulut adalah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Kadang2 mende lain kita tak sempat nak mintak pun.Tu bagi yg berdoa, sayang sekali bagi yang lepas solat, lansung tidak berdoa mintak macam2 seolah-olah mereka lupa semua perkara adalah milik Allah.

Selalu tak kalau kita berdoa didahulukan dgn memuji dan berterima kasih pada Allah?Selalu,dalam bahasa arab tuh.cuma kdg2 kita tak paham maksudnya.Tp klu kita berdoa dalambahase melayu, selalu tak kita dahulukan dgn ucapan terima kasih kpd Allah untuk segala-gala yang telah Engkau bagi pada aku selama ni.Kemudian baru diikuti dgn keinginan/permintaan yang kite nak?Ataupun selalu tak kita menadah tangan dan berdoa hanya semata-mata untuk berterima kasih kepada Allah dan tidak meminta apa2 pun (keinikmatan dunia) daripada Allah melainkan untuk akhirat sahaja?

Kdg2 bila ada sesuatu majlis zikir yang sebagai majlis di mana Allah memperkenankan semua doa2 org yang turut serta di dalam majlis tersebut akan membuatkan semua orang beria-ia datang dan bila time berdoa beramai-ramai, perkara yang diminta mula2 oleh kebanyakan daripadanya ialah - murah rezeki,panjang umur, anak pandai, kaya raya, kerja bagus, sihat tubuh badan, kemudian barulah ingat ke akhirat..kuatkan iman, masuk syurga, diredhai Allah, hindar dari dosa dan maksiat, diampunkan dosa2 dan sebagainye, tu pun dah nak time2 imam nak abiskan doa, baru kite ingat mende2 akhirat tuh, kadang2 mintak dalam hati dengan laju2.

Tak salah pun sebenarnye kite berdoa macam2, mmg patut pun dengan daya kite yang lemah dan tak mampu buat ape2 pun dgn izin Allah,mmg sepatutnye kite tidak menyombongkan diri dan berdoa mintak macam2.Cuma kadang2, kita tersalah konsep bahawa segala impian ataupun doa yang dipohon AKAN/MESTI tercapai di dunia nih. salah satu adab berdoa adalah yakin bahawa doa tu akan dimakbulkan Allah.Betul, janji Allah tidak akan dimungkiri.Tapi tidak semestinya makbul di dunia.Walau impian kite tanam sedalam mana pun dalam hati, walau bersungguh macam mane sekalipun keringat dikeluarkan, walau seikhlas mane pun niat kite, walau macam2 mane sekalipun, klu Allah kate tidak, maka tidak la. Bukan nak mematikan semangat, atau keinginan sesetengah orang, tp itulah hakikat yang kena kite terima.

Namun, walaupun semuanya dah tertulis, kite masih dapat mengubahnye dengan berdoa dan berusaha(ye, masih nampak sinar harapan kan?),kerana kite tergolong daripada golongan Ahli Sunnnah Wal jamaah, berdoa dan berusaha dalam menjalani kehidupan ini.Cuma bila tak dapat sesuatu yang diimpikan, janganla bersedih ataupun mule berfikir yang bukan2.Hati mula memberontak dan membelakangi cara hidup yang betul.

Kita tak sedar kot, kalau kita lebihkan berdoa supaya ditetapkan iman dan ditambahkan takwa kepada Allah contohnya,secara tidak lansung kita dapat mencapai apa saja yang kita nak kat dunia.Insyallah

Janganlah kerana keinginan yang satu membuak buak melebihi kesyukuran terhadap apa yang telah diberikan.Kalau udara yang kite sedut, Allah niagakan atau Allah terhadkan satu hari setiap dari kite boleh sedut sebanyak 1000 kali contohnya.Tidakkah keinginan kita atau doa yang paling utama nanti kite akan mintak ialah "Ya Allah, lebihkanlah sikit sedutan udara untuk kami".Mungkin itu je keinginan yang kite sgt2 inginkan sampai rasenye kite takkan mintak murah rezeki jadi kaya raya kot atau ape2 keinginan dunia yang lain lagi.Tapi tidak terjadi macam tu kan?kerana rahmat dari Ar Rahman dan Ar Rahim tu meluas.

Kita mudah lupe nikmat yang sedia ada.Keinginan kita di dunia bukanlah segala-galanya.Kalau tercapai, maka senyum dan bersyukur lah, kalau tak dapat pun, maka senyum dan bersyukurlah. Kalau untuk tercapainya impian tu, kena tunggu masa yang lama dan berliku liku, maka senyum, sabar, dan bersyukurlah. Kalau impian tu tidak tercapai setelah kita berusaha, menunggu dgn lame dan berliku, maka senyum, sabar dan bersyukurlah,kerana kita tetap kita, dan DIA selamanye akan tetap DIA.

Nape manusia macam ni..selalu tak cukup, selalu tak puas dgn ape yg ade.Padahal Allah tu sangatlah menyayangi kita semua.Tak sedar ke kita?

Jadi aku berpesan kepada diri sendiri, dan juga kepada sesiapa yang nak amik pesanan ni, bahawa jika inginkan sesuatu, berdoalah kepada Allah dan berusahalah tanpa jemu, jangan putus asa, mungkin satu hari nanti, akan tiba masa kita putus asa, macam dah putus harapan ,seolah olah dah habis dah segala-galanya tapi tak tercapai jugak keinginan tuh, relak sekejap, tenang kembali, teruskan berdoa dan berusaha,dan bila sampai lak satu mase, dah rase dah tak tahu nak buat ape dah, jangan berhenti berdoa kepada Allah...teruskan lagi berdoa dan berusaha teruskan kehidupan....
Sehinggalah akan sampai satu saat, satu perasaan, satu nikmat, bahawa keinginan asal yg mula2 kita nak tuh dah bukan jadi perkara penting dah. Apa yang lg penting,apa yang lg kita suka, apa yang lagi kita nanti2kan hanyalah 'masa' bersama Allah..

Anas Bin Malik berkata : Mahukah kamu aku ceritakan hadith yang tidak pernah diriwayatkan oleh sesiapa pun melainkan dari diriku sendiri?Iaitu ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW yang sedang duduk, tiba2 baginda tertawa.Baginda lalu bertanya : Tahukan kamu mengapa aku tertawa?Maka mereka menjawab : Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu.Baginda bersabda : Aku merasa hairan kepada orang Mukmin itu, sesungguhnya Allah tidak menentukan sesuatu kepadanya, kecuali ada saja yang membawa kebaikan kepadanya.

Sunday, October 10, 2010

Antara Perintah ,Fakta Sains & Kecintaan Kepada Allah

Herm...
Banyak fakta2 sains tentang hikmah perintah2 yang Allah turunkan kepada manusia.Contohnya seperti solat, puasa, zikir, ...dan lain2. Solat umpamanya, dengan bersolat tubuh badan akan menjadi sihat, perjalanan darah lancar, waktu2 solat pula mengikut kajian sains terdapat energy2 yg berlainan, kalau bangun malam solat tahajud lak , waktu tu tahap oksigen adalah yang paling baik. kalau berpuasa lak dapat mencuci sistem pemakanan kita, dengan berzikir pulak dapat membuat otak kita lebih fokus dan bijak. Lebih2 lagi kalau pendedahan kajian sains tu datangnya daripada saintis2 barat,mulalah kita rasa lebih yakin bahawa setiap apa yang Allah perintahkan adalah untuk kebaikan manusia padahal Rasulullah S.A.W sendiri telah mengajar kite lebih banyak dan lebih dahulu daripada saintis2 barat skang nih.

Setiap apa yang Allah jadikan/perintahkan tidaklah secara main2 atau suka2.Ada di antaranya yang dapat kita ketahui rahsianya, dan ada yang kita tak tahu.
Tanpa berfikir tentang fakta2 sains yang didedahkan ini, mengapa kite takleh mentaati perintah Allah disebabkan kerana kecintaan kite kepada Allah?tanda kasih sayang kita kepada Allah?

Memang benar waktu tahajud dari segi sainsnye oksigen mmg byk, so baik utk kesihatan ape ke, tajam akal fikiran ape ke, tp hakikatnya, tahajud itu tanda pengorbanan masa tido dan cinta kite pada Allah.
Memang benar dari segi sainsnye puasa itu baik untuk kesihatan dan dapat menguruskan badan (bg yg bercita-cita), tp hakikatnye, puasa wajib or sunat tu tanda sayang dan syukur kite kepada Allah.
Memang benar dari segi sainsnye zikir atau mengaji Al-Quran itu dapat membuat hati tenang dan otak menjadi lebih fokus, tp hakikatnye itu tanda kite sentiasa mengingati Allah.

Aku seronok bila bace fakta2 sains tentang kebenaran dan kehebatan cara hidup Islam.Islam itu mmg agama yg lengkap dan aku pun rase ramai lagi yang bangga dan seronok tentang fakta2 ini. Kadang2 tu dalam forward2 email pun ade, dalam facebook pun ade pasal fakta2 sains dan islam nih.Rasulullah S.A.W mengunyah sebanyak 40 kali sebelum menelan makanan.saintifiknya, makanan tersebut mestilah hancur dlu untuk memudahkannya hadam di dalam perut.Tidak lupa, setiap penyakit juga bermula daripada makanan.Tapi baper ramai yg amalkan?(pesanan utk diri sendiri juga)Fakta sains tentang kehebatan cara hidup Islam mmg tak dapat disangkal lagi,

Kalau pun perintah2 ini tidak mendatangkan faedah kepada manusia sekalipun(sememangnya semua perintah2 daripada Allah berfaedah kepada kehidupan manusia),
Ia harus ditaati juga bukan kerana fakta2 sainsnya, tp
Ia harus ditaati kerana kecintaan kite kepada Allah.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan,dia dan DIA

Apabila kamu sudah tiada dia,
Jangan difikir Ramadhan kali ini kamu keseorangan,
Kerana kamu sentiasa ada DIA..

Yang x pernah tinggalkan kamu walau sekelip mate,
atau kadar mase yg lebih cepat dari itu.
Yang x pernah tinggalkan kamu walau selangkah kaki semut,
atau kadar jarak yg lebih pendek dari itu.


Agungkanlah DIA dengan pengagungan yg sebesar-besarnya.

Thursday, August 5, 2010

TANDA-TANDA AKHIR MENJELANG AJAL KITA




Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

Tuesday, August 3, 2010

Singa Yang Baik Hati

Perbualan pertama 10 tahun lepas bukan di hutan ataupun di zoo,tp perbualan ini hanya bertempat di depan toilet selepas kelas.ooo...hisap rokok ye..

"Eh,band lu yg kuar majalah tu kan?tp tulisan die satu hapa jadah pun wa takleh bace, sape r design layout.tak masuk lansung color tulisan dgn background"

"Aummmmmm", jawab singa tu sambil sengih.muke takleh handle

Sejak dari itu, kami mula berkawan rapat.
Dari berkawan kemudian menjadi saudara ke adik beradik hinggalah ke berpegangan tangan dan tido sekatil..oppss....tanak aku.janggut lu kasar sgt.klu lu dah shave janggut,herm...mungkin wa pertimbangkan.wahhahahahaha

Pernah aku tanye beliau,
"Lu rase idup lu bertuah tak?"
Pernah beliau menjawab,
"Wa tak rase bertuah,wa rase bersyukur dgn ape yg ade"

walaupun jawapan tu aku rase macam tak kena je dgn soklan aku, tp aku mengangguk je la tanda aku setuju.malas nak cakap byk, nanti die kuarkan falsafah mengarut die panjang2.

Walaupun kdg2 falsafah dan riak mukenye kdg2 mmg menyampahkan rase macam nak tumbuk je,
Tp tak dapat dinafikan, si singa ni sgt suka membantu rakan2 yg dalam kesusahan.byk mengajar aku erti berbaik sangka pada org lain terutamanya,byk mengajar aku erti tolak ansur,dan byk mengajar aku erti sahabat.

'Seekor'(seorang) yg aku rase tak pernah aku nampak die marah.
'Seekor'(seorang) yg tidak berkira dgn rakan2,
'Seekor'(seorang) yg sanggup hidup susah bersama-sama walaupun familynye kaya,
'Seekor'(seorang) yg sanggup berkongsi sebijik karipap utk dimakan dgn 3 org ketika lapar,
dan 'Seekor'(seorang)yg suke bercakap lemah lembut dgn pompuan2 sambil buat mulut muncung2....bajet pompuan terpikat la..

Beliau pernah muncul sbg 'wira' yg bertindak menghantar aku ke hospital,mengalahkan ambulan.tu pun lepas aku muntah2 kuar tingkap kena lak muntah tu pada bas kilang kat belakang, baru nak kelam kabut drive..ali2..mane la otak ko time tu haaaa..

Beliau bertindak sbg 'penglipur lara' ketika aku kesedihan utk menaikkan semangat aku..walaupun lepas aku dah ok skit aku cakap blek
"lu citer ape ni?asal lu citer2 mende ni kat wa ha??hahahahah.lawak siot!!"
tp sbnrnye sahabat, jauh dalam hati aku, citer2nye mmg sgt bermakna buat aku time tuh.

Beliau menjadi penasihat ketika aku dalam keadaan celaru,ketika aku terbuat salah, dan kdg2 ketika aku tak tahu betul ke tak tindakan aku time tuh.

Lu skang da kawen singa..wa tumpang happy dgn lu.wa tahu lu seorang suami dan bakal ayah yg sgt baek.wa respect cara lu layan wife lu, cara lu layan mak ayah lu,cara lu layan sume rakan2, dan cara lu layan sume manusia.

Terus terang, kdg2 kalau wa buat tersilap dalam sesuatu perkara, wa ade gak teringat lu, klu lu kat tempat wa, lu mesti takkan buat macam ni.

Sahabat,
maybe lu bernaseb baik drpd kami2 yg dekat sini.
tp kalau pun lu berada kat tempat kami,
lu akan tetap 'seekor' (seorang) yg baik hati,
sebab lu adalah lu,
sampai bile2 pun.

kesusahan hidup kita di dunia tak sama,
moga kesenangan kita di akhirat kelak sama ya singa.. :)

Terima Kasih.
Auummmmmmmm!!!!


*tu baru singa, blum masuk citer jerung dan landak.next time citer pasal korang lak.

Thursday, July 22, 2010

Merenung Bintang

Kdg2 bila blek keje lewat2 malam,
Aku kuar dari keter,
aku tenung bintang2 kat langit.
Nak lagi nampak x senonoh tp masih mengekalkan keayuan,
aku duduk mencangkung sambil menongkat dagu..

Naseb baik lewat malam, takde org nampak,
melainkan anjing2 perumahan yg telah bersiap sedia
utk mengejar mane2 mat2 motor yg lalu kat kawasan tuh.
tp yg selalu kena kejar, budak umah aku la.si Yakob tuh.

Tapi dah 2 malam tak nampak bintang.
Mendung..

'Langit' tak selalunya cerah ye Ali.......
Sila bertabah.

Sunday, July 18, 2010

Kerja Yang Hebat

Terima kasih Tuhan utk hadiah terkejut (surprise present) malam ni.
Seronok sekali..

Terima kasih Tuhan kerana bagi aku kekuatan utk menghadapinye.
Tenang sekali..

Aku berterima kasih,
Maka tambahkan lagi keseronokan ini.
Namun, jika hanya setakat malam ini saja,
Aku tetap berterima kasih,
Kerana Kamu Tuhan memberi lebih byk drpd Kamu mengambil.
Dan kalau pun Kamu mengambil dari ku lebih byk dari Kamu memberi,
Ape hak ku utk membantah kehendakMu?

Aku menunggu,
Walau paling cepat adalah bertahun lamenye.
Aku bersabar,
Jika itulah jalan yang terbaik untuk ku.

Aku tidak boleh memaksa Kamu menerima doaku,
Tapi aku 'memaksa' diriku utk menerima ketentuanMu sehingga aku redha.

PerancanganMu sukar diduga wahai Allah,
Tapi hasil kerjaMu..

Hebat Sekali.





.

Monday, July 5, 2010

Kisah Tren & Sebuah Keluarga

Dalam tren yg dipenuhi dgn ramai manusia yg baru blek keje,
macam2 jenis org yg bleh aku tengok.
Mata masih lg mencari-cari sesuatu utk aku pelajari hari itu.

Sudah jumpa.
Adakah aku ternampak awek hot?
oh bukan2..

Di satu sudut ternampak sepasang suami isteri yg sedang berbual..
Si isteri sedang duduk dan si suaminya berdiri.
Mesra sekali.
Mula2 aku tersenyum tgk gelagat mereka.

Tiba2 senyumku bertukar kepada kasihan
apabila melihat mata si isteri.
Terpejam,buta..

Ketika 'perempuan mesin' mengumumkan stesen perhentian yg seterusnye,
Hati tibe2 bertukar sayu,
Baru kelihatan anak lelaki mereka, buta sebelah mata,
Baru kelihatan mata suaminye juling,
Anak perempuannya saja yg bermata sempurna.

Dalam kesesakan tren,
Mereka dalam keadaan beratur,
Anak perempuannya di depan sekali,
Diikuti anak lelaki,
Kemudian si suami,
Dan di belakang sekali si isteri
yg memegang bahu si suami dgn kedua belah tgnnye sebagai guide
utk keluar dari tren.

Di dalam tren yg sudah mula lengang,
Bayang2 aku pada cermin tren,
aku boleh nampak dgn MATA aku sendiri.

Pada siapa lagi harus aku bersyukur?
Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dgn sia2

Thursday, July 1, 2010

Pak Su

Dlu aku penah ade Ayah Su..

Adik mak aku.Rapat sgt dgn beliau.
Duk kat kl,last sekali die keje sbg mekanik untuk syarikat bus ape name dah lupe.

Time mak aku pregnantkan aku 2 bulan, abah dah takde, accident dgn lori,so ayah su
aku la jadi tempat aku bergurau senda dan bermanje.Dlu kecik2 aku dgn akak tak rapat sgt, asyik gado jek, maybe sbb kami lain mak..tp arwah abah same.

Tiap2 kali ayah su blek kampung, die akan bawak aku ronda2 naik moto buruk.keliling kampung usha2 awek2 dan tidak ketinggalan usha lembu2 betina kat sawah.wuhawuhawuha.
Tu pun b4 ayah su kawen la, die selalu blek kampung, tp bile die dah kawen, die jarang blek kampung..kdg2 aku rase sunyi lak.

Ayah Su dah lame arwah.kanser usus perut klu tak silap aku, sbb time tu aku kecik lg..Masa hari2 terkahir kat hospital, die sempat lagi bagi nasihat kat aku suh jaga mak aku baek2.Tp melalui isyarat tgn dan mate, sbb time tu die dah tak larat nak bergerak and bercakap.Sedih sgt time tuh, ramai sedara mara kat situh tak dapat tahan sebak..Malamnya Ayah Su pergi dengan meninggalkan sorang isteri and 2 org anak.

Tp skang aku lak bertugas sebagai Pak Su untuk 2 org anak sedara yg comel macam arnab yg naif.Ayah dorang pun dah takde.Wahai anak2 arnab, rindunye kt korang..hehe.minggu depan nak blek jupe korang..bersiap sedia untuk digomol dgn rakus skali yek.

Allah, panjangkan umurku,
supaya aku dapt jadi seorang Pak Su yg baek.
supaya aku dapat jaga mak aku dgn sabar ketika die dah tua.
supaya aku dpat jadi adik yg bertanggungjawab.
dan supaya aku dapat jadi hambaMu yg taat.

Mak,anak2 arnab,dan akak.
Dan klu korang ade kurang skit daripada org2 di atas,
bandingkan pula dgn kehidupan anak2 yatim piatu.

Wednesday, June 30, 2010

Cuba

cuba
cuba.
cuba..
cuba...
cuba....
cuba.....
cuba.....
cuba......
cuba.......
skit lagi..
cuba...............
senyum..

*:( ..

cuba lg......
cuba..........
cuba...........
cuba............
cuba.............
senyum..

*:| ..

cuba lg ali........
cuba................
cuba.................
cuba..................
cuba...................
cuba....................
cuba.....................
senyum..

*:) ..

pasti boleh.

Tuesday, June 29, 2010

Nikmat

Abang tanye aku..

"Ape mende yg kat dalam dunia ni, bile ko dah buat mende tu, ko rase nikmat sgt?"

Aku pandang je abang..

Abang sambung..

"Aku penah tanye ramai org, ade yg cakap dapat keter besar, dapat pompuan ramai,harta byk, tp bagi ko, tp bg ko ape?"

Aku diam lagi..sambil pandang abang..

Abang menjawab..

"Ketika ade orang dalam kesusahan, ko dapat bantu die.tu yg paling best bagi aku"

Kali ni aku senyum dan mengangguk..

walaupun kite hidup sehari je atas dunia ni, hidup biarlah bermanfaat utk manusia..

Sunday, June 20, 2010

Si Juara Dunia Ku

kasih sayangnya seperti embun
yang pulang ke sisi setiap pagi
lalu pergi tapi ku terasa dingin

Al Fatihah untuk ‘juara dunia’ ku

Wednesday, June 16, 2010

Kawan, Jangan Sampai Terlambat

Kite takkan rase kejapnye hidup,
Hinggalah sampai ke hujung nyawa.
Kawan, jangan sampai terlambat.
Aku tahu kamu boleh.

Cantik sejadah dalam almari kamu..

Monday, June 14, 2010

Senyum Je

Minggu ni agak 'malang' aku rase..

Lewat antar card pada customer..
Beberapa siri installation keje yg tak memuaskan..
Payment dari cutomer yg sangkut2 tak settle2..
Pintu umah rosak yg mengakibatkan aku terkurung..
Kunci baru yg dibuat, tak masuk lak dgn mangga..terkurung lg kali ke-2..
Pintu bilik terkunci dari dalam..kunci keter and kunci umah tertinggal dalam bilik..terkurung kali ke-3..
3 hari berturut turut..

macam mane aku hadapi?
Senyum Je..Kdg2 aku gelak sorang2.hehe..

Hidup Ini Indah..Yeah!!

Monday, June 7, 2010

'Bro' Yang Lupe

dlu bro kawin dgn anak org 'besar'
wah!umah besar,
wah!keje besar,
wah!keter besar,
ah!!!!lupe pada Yang Maha Besar.

dlu bro kawin dgn anak org kaya
wah!hari2 beraya,
wah!idup berjaya,
wah!cakap 'awk - saya'
ah!!!!lupe pada Yang Maha Kaya

tp tu dulu......skang bro dah bercerai dgn wife die..

bro mengeluh : "idup wa skang dah macam sial"

aku mendengar : .......

bro mengomen : "wa dah x caye Allah"

aku mengorder : "excuse me en.macha, can u give me a milo ais so!!(satu)"-kdg2 gile
aku dtg x bertempat

bro menyambung : "klu Allah tu sayang kite,die xkan buat kite hidup susah"

aku mencakaprang (bercakap dgn 2 orang) : :abis tu skang lu nak buatpe?thank u
macha, how gentle r u.u r as sweet as
this milo ais bebeh..slurpp..."

macha : "adik,jangan coba mengurat saya,saya tgh bekarja nih"

aku memiang : - kenyit mate

bro meninggikan sore : "klu skang ade paderi dtg bagi wa rm500 je, wa sanggup
convert masuk kristian on the spot!!!! "

aku menyengih : "pastu lu nak tukar name ke ape?"

bro berangan : "sir alex ferguson" (bro mmg minat manchester united)

aku meng-wak lu : "wak lu!!"

aku sambung : " cukup ke rm500? "

bro cakap : "ok la daripada Allah x bagi wa ape2"

aku mengexplain : "bro..."

abang stokin : "bang stokin bang, stokin..5 rm10"

aku menolak : "takpe bang,time kasih"

- rajin benar abg stokin ni jual stokin,klu korang dok tmn u skudai (bukan tmn u kl),mesti abg ni familiar dgn korang kan?die jalan kaki bwk beg besar2, keliling tmn u jual stokin.kagum betul aku dgn die.korang kagum tak?klu kagum, korang beli la stokin..aku tak beli, sbb aku gi opis pakai slipar jepun je.

aku MENGTEST bro : "bro..cuba lu tenangkan fikiran lu,jgn mudah terbwk bwk oleh
emosi and nafsu lu..Allah tu kan bersifat Ar Rahman dan Ar
Rahim..Ar Rahman , Maha Penyayang.....Ar Rahim, Maha Pemurah..

bro MELATAH : "pale otak lu!!terbalik la! Ar Rahman tu Maha Pemurah! Ar Rahim tu
Maha Penyayang !! dari tadika lagi wa tahu mende nih !!

aku senyum : "dah lame tahu rupenye..lu pk la sendiri bro.."


bro dah lame tahu, tapi die 'lupe'..kdg2 kite pun 'lupe' jugak kan?

Thursday, June 3, 2010

Hilang Fokus

Customer cakap silap antar size baju
and tak cukup 2 helai lagi tshirt tuh..

Kebelakangan ni aku agak hilang fokus pada keje2..
Keje banyak pending..
Mungkin kepenatan, tp kate sorang kawan,
"haha, lu banyak berangan kot".

Berangan tak kot..maybe aku byk berpk..
Maybe gak banyak 'teringat',
Maybe gak banyak 'bertahan',
Tidak lupa banyak 'menunggu'..

Dah lame tak gi public library..
Dah lame tak gi menziarah..
Dah lame tak jupe adik-adik..

Ali, janganla banyak mengeluh,
Banyakkan bersyukur..
Selalulah ingat
peristiwa A...oooo...
peristiwa B..haaahhhh...
peristiwa C..betul2....
peristiwa D..ingat2...
peristiwa2 lain....ngeee...

Cita-cita mu sudah bermula,
Siap2kan dirimu Ali,
Hidup biar bermanfaat utk manusia,
Jgn mati dgn sia2.

Kembali senyum.. :)

Thursday, May 27, 2010

"Nama Saya Abdul Rahman"

Berbaju tshirt kdg2 putih dan kdg2 biru,
Berseluar slack kdg2 hitam dan kdg2 kelabu,
Berwajah Cina dan bercakap Melayu,
Berambut nipis dan beruban sedikit tu..hehe

Siapa2 pun pandang dia, akan bleh menggagak (mengagak)
bahawa dia adalah chinese dan seorang muallaf dan
die jarang bergaul dgn org2 lain.
Tiap kali bace Quran, dia akan duduk di belakang2
sorang2.
Kdg2 dia boleh buat magic.Tibe2 ada depan mate,
dan tibe2 jek dah boleh ilang dgn kadar segera.

Perkenalan pertama kali adalah selepas kekenyangan
bersarapan dgn roti canai yg bertimbun timbun org sedekah.

Ali : Jom bang, sy antar abg balik
Abang : (sengih sambil menutup pintu)Assalamualaikum.
Ali : Waalaikumussalam..abang selalu kat Al Hidayah kan?
Nape ari ni kat Taqwa?
Abang : O..ari ni die ade bace hadis..

Ringkas je die jawab dan ringkas je perjalanan kami.rumah dia (numpang rumah kedai)
dekat je rupanye klu nak dibandingkan dia selalu jalan kaki sorang2
ke Al Hidayah makan mase setengah jam.g balik sejam jalan kaki.Aku
naik tangga umah je pun dah penat. Perkenalan pertama buat aku rase
nak kenal dia dgn lebih rapat lagi sehinggalah 2 hari lepas..Mari kita
same2 berkongsi citer tentang orang yg agak aku kagum nih.

Dia tak same dgn Abang Semak (entry sebelum nih). Dia lebih gigih.
lebih berdikari ataupun maybe tak bley bandingkan gak dgn Abang Semakr jugak.
Sebab Abang Semak byk tanggungan dan dia sorang saje yang kena bekerja
menyara keluarganya. Ibunya sudah tua, dan ayah Abang Semak lak lumpuh.
Penah sekali aku nampak ayahnye berkerusi roda kat depan pintu rumah.
Dia sorang jek saudara baru dalam rumah tuh. Mesti la byk cabaran. Penah
die citer die solat kat dalam toilet je mase awal2 masuk Islam dlu.
Aku cuba bersangka baek..ngeeeee..

Ok , sambung blek.
Pagi tu aku nampak abang dah kuar dari Al Hidayah.Jauh gak klu die jalan kaki.

Ali : Jom Heboh abang sy antar.
Abang : Assalamualaikum
Ali : Waalaikumussalam..abang x keje ari ni?
Abang : O..sy dah tak keje. Umur dah 56 tahun, dah takde syarikat pembinaan
amik org umur 50 lebih dah (abang sbnrye keje buat bangunan)
Ali : Abes buat pe skang?
Abang : Takde buat ape2, lepak umah je sambil layan Facebook.Eiceh, aku tambah je
nih.haha.
Ali : Lor...abang add la saya.Alikambing.Ye, terima kaseh, ni pun aku tambah gak
sebab aku dah ngantuk..dah kul 3 haaa!!ko buat ape Ali tak tido2 lg ha?
Ali : Abang, mintak maaf ye, sy cume nak tahu, abang ni Chinese ea?
Abang : Ye
Ali : Dah baper tahun abang Islam?
Abang : Lebih kurang 16 tahun
Ali : Lame gak tuh..ape yg buat abang........-abang tu dah paham soklan aku
Abang : O..Islam tuh sesuai untuk semua. Orang miskin, orang susah, orang sakit..
Dlu abang penah sakit lutut tau, abang amalkan bace surah2 lazim...Ha sinih2 , dah
sampai dah, abang dah pindah rumah, skang duk rumah papan kat tanah abang
angkat abang, (sambil tunjuk tempat macam dlm semak jek ditutupi dgn
dinding2 zink kat tepi jalan. Tempat ape pun aku tak tahu.Abang nak kuar
keter jek aku tahan)
Ali : Eh, abang blom citer sampai abes, sambung r citer td..
Abang : O...dlu abang penah sakit, klu g spital , dah kena wat operation, tp abang
amalkan surah alam nashrah (klu tak silap aku la die cakap camtuh,ade pelat
cina skit, kdg2 aku tak dapat tangkap dia nak cakap ape, aku mengiyakan jek)
Abang amalkan surah tuh, abang sapu kat lutut, lame2 abang dah bley berjalan
blek.

(Abang menyambung)
: Al-Quran tu banyak kelebihannya. Abang selalu mintak Allah tunjuk ape maksud
sesuatu ayat dalam Al-Quran tuh. Baru ni ustat kat Taqwa ajar 5 ayat
terakhir surah At Taubah, jadi abang mintak doa pada Allah, supaya Allah
tunjukkan pada abang ape sebenarnye yang Allah nak sampaika, dalam ayat2 tuh.
Amalkan sesuatu ayat, sehingga Allah tunjukkan pada kite. Setiap satu ayat
dalam Al-Quran amatlah bermakna dan sesuai untuk sepanjang masa. Abang bg
perumpaan.sbg contoh,awak bace satu ayat, dan ayat tersebut berkaitan dgn
sebijik epal (contoh dan perumpaan). Tahun pertama, Allah akan bg kite
petunjuk bahawa kite akan dapat kebaikan dgn epal.Tahun kedua, Allah akan
bagi petunjuk untuk kite cari tanah untuk tanam epal, Tahun ketiga, Allah
akan bg petunjuk untuk kite menanam epal, Tahun keempat, bile epal dah
masak, Allah akan petunjuk pada kite, ape yg perlu dilakukan pulak dgn epal
tuh. Maksudnye satu ayat dalam Al-Quran adalah berkaitan dan sesuai untuk
sepanjang mase.

Abang penah dapat petunjuk daripada Allah tentang satu surah (dah lupe dah
surah pe die cakap) selepas 3 tahun abang mintak doa daripada Allah. Abang
dlu mula2 belajar Al-Quran ikut cd..abang beli cd2 then abang dgr satu2
surah. Tak
perlu amalkan yoga, atau tai chi, cuma amalkan selalu bace Al-Quran, akan
buat jiwa kite tenang. Mengamalkan Islam tidak timbul soal hidup miskin,
hidup sunyi, walaupun ramai org tanye abg, tak sunyi ke duk sorang2?tapi
abang tak penah rase sunyi, sbb abang ade Allah. Dlu abang pernah pk gak
nape Quran ni dalam bahase Arab. Nak bace pun susah. Tp lame2 abang pk
..KALAU TAK BELAJAR DARI SEKARANG, TAKKAN SAMPAI MATI PUN TAK RETI BACE
QURAN???abang akhiri perbualan..


Mate abang dah bergenang kemerahan..aku tahu die bersungguh dalam
mengamalkan ajaran Islam dan amalan yang die selalu lakukan ialah bace
Al-Quran.ape yg die cuba nak sampaikan pada aku time tu ialah selalulah bace
Quran, pegang pada Quran. Kita tahu Al-Quran tu penawar hati, tapi tak ramai
yang bace.Bila bace lak, tak ramai yang amik tahu makna2 terjemahan ayat
tuh. Bila dah tahu terjemahan lak, tak ramai yg mengamalkan ape yang
terkandung dalam ayat2 tuh.

Umat Islam percaya Quran sebagai mukjizat. Umat Islam berbangga dgn
penerangan2 di dalam Quran. Menceritakan tentang sains contohnya tentang
langit dan bumi yang terlebih dahulu Allah ceritakan pada zaman Rasulullah
mengatasi pengetahuan2 saintis barat sekarang yang baru tahu tentang rahsia
alam. Tetapi berapa ramai Umat Islam yg mengamalkan bace Al-Quran??


Ali : Boleh abang bagi saya satu nasihat?
Abang : Boley..selalulah bertanye pada Allah (berkomunikasi) dalam ape2 hal
sekalipun..
Ali : Sape name abang?
Abang : "Nama Saya Abdul Rahman"..

Aku memandu pulang dgn bermacam macam soklan yang aku 'tanye'. Moga DIA bagi aku jawapan, ataupun sbnrnye jawapan utk sume soklan aku dah ada, buat ape aku nak tanye2 soklan yg same lagi...

Aku suka pagi









Saturday, May 22, 2010

Hadiah Harijadi Yang Dilupakan

Mohd Ali Bin Idris
23 May 1982 - sekarang

Selamat hari lahir Ali.
Sudah tua kamu.
Sudah 28 tahun.
Sudahkah anda membayar cukai tanah?
Blom cik, saya takde tanah.

Drive keter, dan cubalah 'dongak' ke langit.
Makan di mamak, dan cubalah 'pandang' pada orang lain.
Duduk melepak, dan cubalah 'berfikir' tentang kejadian.
Bekerja di opis, dan cubalah 'bekerja' dengan tujuan.

Dari mane datangnye air masuk ke dalam buah kelapa?
Kucing beranak kucing, tidak akan beranak biawak,
Pisang akan berbuah pisang, sesekali tidak akan berbuah tomato,
Burung akan sentiasa terbang di langit, tak akan ade burung menyelam
di dalam laut,
Langit bumi masih lagi biru, bile tibe masenye nanti akan menjadi merah.

Satu keadaan bila :
-sume yang berlaku di sekeliling korang, membuatkan korang berfikir.

Dua keadaan di mana sumenye:
- sudah diberi secara 'percuma' dari mula dilahirkan samada dimintak atau tidak.
- dengan izinNya

28 tahun penuh kenikmatan :
* anggota badan sempurna bila mana ade org yang cacat seumur hidup.
* makan minum sentiasa cukup bila mana ade org kebuluran.
* waras akal fikiran bila mana ramai yg jadi gile dgn dunia.
* keluarga penyayang yg sentiasa berada bersama bila mana ramai lg yg yatim piatu.
* kawan2 yang baek2 hati bila mana ramai kawan yang makan kawan.
* dilahirkan Islam bila mana ramai lagi yang tidak.
* lain2 nikmat yg tidak terhitung.

nikmat mane lagi yg nak kite dustakan??
bile rase diri serba kekurangan,
bile rase diri byk masalah,
pandanglah org yg di 'bawah' kite,
kemudian bersyukur la pada yg di 'ATAS' kite,

27 tahun lepas aku dapat hadiah2 nih.
28 tahun skang masih lg mendapat hadiah2 ni + extra hadiah yg special iaitu
KESEDARAN. Sebab selama ni aku lupe tentang hadiah2 nih.

Hadiah paling besar kite dapat time birthday ialah...
Letak tapak tangan kamu ke dada sebelah kiri...
Dapat rase tak degupan jantung?

Alhamdulillah.Terima kasih tuhan, sbb bagi aku hadiah nih setiap tahun

Tuesday, April 27, 2010

Abang Semak

"Nak g masjid ke!!!??"

Perkenalan semak maybe.
Mane ade org kuar dari semak menjerit
macam tuh nak mintak tumpang keter.
Penjelasannye ringkas. "shortcut dik"
betul kot klu nak ikutkan direction dari umah beliau.

Abang,
klu betul kamu dapat hidayah,
klu betul kamu mimpi dunia musnah,
klu betul kamu mimpi bertemu Rasullullah,
Alhamdulillah abang, tuhan sayang kamu.

Kerana abang,
kebanyakan daripada kami,tak dapat rase semua tuh,
kebanyakan daripada kami,masih lagi 'tertipu',
kebanyakan daripada kami,masih lagi 'jauh',
Kamu bertuah abang.Aku dengki kamu.

Tapi abang,
jangan terlalu bergantung padaku,
jangan terlalu mengeluh dgn hidupmu,
jangan terlalu meminta simpati,
Kamu kena kuat. Hidup memang susah.

Namun abang,
jika kamu pelakon dalam drama agama,
jika kamu jadikan loud speaker hanfon sebagai bukti,
jika kamu hidup dgn cara bengkok,
Moga tuhan luruskan jalan kamu.

Selamat datang saudara baru.
Moga aku dapat belajar sesuatu daripada kamu.

Thursday, April 22, 2010

Antara Kamu dan Kerbau

Azan maghrib dah bunyi..tp masih lg kt sawah

Kerbau : Bunyi ape tu bos?
Bos : Bunyik azan..
Kerbau : Kenapa kena azan bos?
Bos : Untuk ajak org semayang..
Kerbau : Bos tak g semayang?
Bos : Tak..
Kerbau : Same la kite bos

Thursday, April 1, 2010

Aku

- Sunyi
- Pelupa
- Bz
- Tak cukup tido
- Lolipop
- Buku
- Awan
- Bintang
- Laut
- Sawah
- Travel
- Kanak-kanak

"klu buat tesis pasal Ali, takkan abis satu buku"
- jering yg cakap

"Ali mmg macam tuh.ko jgn caye and mengharap sgt die cakap ape2..aaa
kan aku dah cakap, dah terlepas dah Tanjung Bidara, tadi beria ia sgt nak g mandi laut"
- jering yg cakap

"Ali, lapar..."
- jering yang cakap

"Ah berbual la, die kejap je jamming, jap lg 15 minit, die bosan la tuh"
- jering yang cakap

"Ko cakap ape ni ali?aku tak paham"
- jim yg cakap semalam

"Sume sekali RM11"
- macha kedai mamak yang cakap

Monday, March 8, 2010

Kaki

Kaki perempuan?bukan..
Kaki joget?bukan..
Kaki minum?bukan..
Kaki pukul?bukan..

_____________________

2 kali aku ternampak budak laki tuh,lepas Solat Jumaat.
ramai jemaah dah kuar masjid, tp aku tertarik pd sorang
budak.maybe budak tu dalam darjah 6.
first time , time die kuar dari pintu pagar masjid.
second time die dalam masjid.
nape aku tertarik pada budak laki2?adakah aku gay????
oh tidak ...tidak...jgn pk bukan2 ye.
budak tu cacat.bertongkat.
berjalan dgn bersusah payah,
namun masih g Solat Jumaat..
bila mane kat kedai2 makan,
kelihatan sebelum Jumaat pun masih duduk lepak minum,
lepas Jumaat pun masih di tempat yg sama.

tabahnye kamu adik,
buat abang rase malu dgn kamu..
time kasih adik kerana menyedarkan abang,
time kasih tuhan kerana mengaturkan pertemuan ini

....................

ari tuh aku ade job tampal sticker van jenazah
dalam satu masjid kat satu felda sekian2..
kebetulan selesai je tampal sticker,
orang dah azan..
time bilal nak iqamah,
aku tibe2 tertarik dgn bilal remaja tersebut..
adakah aku gay?????oh tidak2...tidak2...
korang jgn pk macam tu lagi bleh tak?
aku rase malu tersipu sipu lak..
bilal tu kudung 2 2 belah kakinya.
die hanya berdiri dan solat menggunakan
'lutut'nya sbg kaki.boleh bayangkan tak?
bukannya duduk.tp berdiri dgn lutut.

susahkan bagi kita klu berdiri guna lutut?
susah ke kite utk berdiri menunaikan kewajipan?
tak susah klu kite sedar kite ni hamba.

kuatnye kamu adik bilal,
buat abg rase malu dgn kamu,
time kasih adik bilal kerana menyedarkan abg,
time kasih tuhan kerana aku masih blum lg berada dalam van jenazah.

......................

minggu lepas,
time aku nak gi jumpa supplier kat kulai,
hati agak tidak tenteram dgn masalah2 aku,
mula lah syaitan hasut macam2,
tibe2 seorang laki dewasa melintas jalan,
aku pun tertarik dgn die..
eh!!!!! bukan2.aku bukan gay..
masyallah..bukan la..
kaki 2 2 laki tu cacat..
macam mana org cacat lintas jalan
dgn keter tgh banyak???

hatiku tersentuh.
hatiku terharu.
hatiku tenang.
hati2 ye abg lintas jalan tuh..

time kasih abg kerana menyedarkan adik,
time kasih tuhan kerana aku masih lg boleh memandu keter.


....................

semalam, aku gi bandar,
antar barang pd customer..
asar dah masuk,
tp aku agak terlewat,
time tu jemaah dah rakaat last,
aku terpandang sorang jemaah tua
(nampak dari belakang la, takkan aku nak gi tengok dpn2 lak)
aku tertarik lagi...kali ni dgn lelaki tua..hehehehe
adoila..aku bukan gay.....
laki tu duduk, aku pk die sakit, tak larat nak berdiri.
aku cuba berdiri sbelah beliau yg tgh solat 'duduk'
tetibe aku terpandang sebatang kaki (siap dgn kasut)
di sebelah hujung kanan aku...
ye..betul..kaki paslu laki2 tua tuh,
die tanggalkan untuk asar..
lepas solat..
aku gi salam dgn laki tu yg tgh duduk
kat belakang,

die senyum pada aku tanpa suara,
aku sengih pada die tanpa berkelip,
sabar ye pakcik,
moga tuhan mudahkan urusanmu.

time kasih pakcik kerana menyedarkan aku,
time kasih tuhan kerana bg aku petunjuk.

budak - remaja - dewasa - laki2 tua


*kita masih ade 2 kaki kan?masih boleh guna dgn sempurna kan?