Wednesday, October 20, 2010

Keinginan

Bismillahirrahmanirrahim..


"Lame benar dia solat. mintak 'kerja' satu dah la dari tuhan, mintak byk2 nanti tuhan menyampah lak" gelak brader ni.

Mungkin tujuannye utk bergurau saje dan takde niat pun nak cakap begitu.Aku cuba berbaik sangka dalam semua perkara. Dalam perbuatan, percakapan, perjalanan hidup dan semuanya.

Tiap2 kali lepas solat, bagi yang berdoa dalam bahasa melayu, mesti doa yang tidak terlepas daripada mulut adalah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Kadang2 mende lain kita tak sempat nak mintak pun.Tu bagi yg berdoa, sayang sekali bagi yang lepas solat, lansung tidak berdoa mintak macam2 seolah-olah mereka lupa semua perkara adalah milik Allah.

Selalu tak kalau kita berdoa didahulukan dgn memuji dan berterima kasih pada Allah?Selalu,dalam bahasa arab tuh.cuma kdg2 kita tak paham maksudnya.Tp klu kita berdoa dalambahase melayu, selalu tak kita dahulukan dgn ucapan terima kasih kpd Allah untuk segala-gala yang telah Engkau bagi pada aku selama ni.Kemudian baru diikuti dgn keinginan/permintaan yang kite nak?Ataupun selalu tak kita menadah tangan dan berdoa hanya semata-mata untuk berterima kasih kepada Allah dan tidak meminta apa2 pun (keinikmatan dunia) daripada Allah melainkan untuk akhirat sahaja?

Kdg2 bila ada sesuatu majlis zikir yang sebagai majlis di mana Allah memperkenankan semua doa2 org yang turut serta di dalam majlis tersebut akan membuatkan semua orang beria-ia datang dan bila time berdoa beramai-ramai, perkara yang diminta mula2 oleh kebanyakan daripadanya ialah - murah rezeki,panjang umur, anak pandai, kaya raya, kerja bagus, sihat tubuh badan, kemudian barulah ingat ke akhirat..kuatkan iman, masuk syurga, diredhai Allah, hindar dari dosa dan maksiat, diampunkan dosa2 dan sebagainye, tu pun dah nak time2 imam nak abiskan doa, baru kite ingat mende2 akhirat tuh, kadang2 mintak dalam hati dengan laju2.

Tak salah pun sebenarnye kite berdoa macam2, mmg patut pun dengan daya kite yang lemah dan tak mampu buat ape2 pun dgn izin Allah,mmg sepatutnye kite tidak menyombongkan diri dan berdoa mintak macam2.Cuma kadang2, kita tersalah konsep bahawa segala impian ataupun doa yang dipohon AKAN/MESTI tercapai di dunia nih. salah satu adab berdoa adalah yakin bahawa doa tu akan dimakbulkan Allah.Betul, janji Allah tidak akan dimungkiri.Tapi tidak semestinya makbul di dunia.Walau impian kite tanam sedalam mana pun dalam hati, walau bersungguh macam mane sekalipun keringat dikeluarkan, walau seikhlas mane pun niat kite, walau macam2 mane sekalipun, klu Allah kate tidak, maka tidak la. Bukan nak mematikan semangat, atau keinginan sesetengah orang, tp itulah hakikat yang kena kite terima.

Namun, walaupun semuanya dah tertulis, kite masih dapat mengubahnye dengan berdoa dan berusaha(ye, masih nampak sinar harapan kan?),kerana kite tergolong daripada golongan Ahli Sunnnah Wal jamaah, berdoa dan berusaha dalam menjalani kehidupan ini.Cuma bila tak dapat sesuatu yang diimpikan, janganla bersedih ataupun mule berfikir yang bukan2.Hati mula memberontak dan membelakangi cara hidup yang betul.

Kita tak sedar kot, kalau kita lebihkan berdoa supaya ditetapkan iman dan ditambahkan takwa kepada Allah contohnya,secara tidak lansung kita dapat mencapai apa saja yang kita nak kat dunia.Insyallah

Janganlah kerana keinginan yang satu membuak buak melebihi kesyukuran terhadap apa yang telah diberikan.Kalau udara yang kite sedut, Allah niagakan atau Allah terhadkan satu hari setiap dari kite boleh sedut sebanyak 1000 kali contohnya.Tidakkah keinginan kita atau doa yang paling utama nanti kite akan mintak ialah "Ya Allah, lebihkanlah sikit sedutan udara untuk kami".Mungkin itu je keinginan yang kite sgt2 inginkan sampai rasenye kite takkan mintak murah rezeki jadi kaya raya kot atau ape2 keinginan dunia yang lain lagi.Tapi tidak terjadi macam tu kan?kerana rahmat dari Ar Rahman dan Ar Rahim tu meluas.

Kita mudah lupe nikmat yang sedia ada.Keinginan kita di dunia bukanlah segala-galanya.Kalau tercapai, maka senyum dan bersyukur lah, kalau tak dapat pun, maka senyum dan bersyukurlah. Kalau untuk tercapainya impian tu, kena tunggu masa yang lama dan berliku liku, maka senyum, sabar, dan bersyukurlah. Kalau impian tu tidak tercapai setelah kita berusaha, menunggu dgn lame dan berliku, maka senyum, sabar dan bersyukurlah,kerana kita tetap kita, dan DIA selamanye akan tetap DIA.

Nape manusia macam ni..selalu tak cukup, selalu tak puas dgn ape yg ade.Padahal Allah tu sangatlah menyayangi kita semua.Tak sedar ke kita?

Jadi aku berpesan kepada diri sendiri, dan juga kepada sesiapa yang nak amik pesanan ni, bahawa jika inginkan sesuatu, berdoalah kepada Allah dan berusahalah tanpa jemu, jangan putus asa, mungkin satu hari nanti, akan tiba masa kita putus asa, macam dah putus harapan ,seolah olah dah habis dah segala-galanya tapi tak tercapai jugak keinginan tuh, relak sekejap, tenang kembali, teruskan berdoa dan berusaha,dan bila sampai lak satu mase, dah rase dah tak tahu nak buat ape dah, jangan berhenti berdoa kepada Allah...teruskan lagi berdoa dan berusaha teruskan kehidupan....
Sehinggalah akan sampai satu saat, satu perasaan, satu nikmat, bahawa keinginan asal yg mula2 kita nak tuh dah bukan jadi perkara penting dah. Apa yang lg penting,apa yang lg kita suka, apa yang lagi kita nanti2kan hanyalah 'masa' bersama Allah..

Anas Bin Malik berkata : Mahukah kamu aku ceritakan hadith yang tidak pernah diriwayatkan oleh sesiapa pun melainkan dari diriku sendiri?Iaitu ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW yang sedang duduk, tiba2 baginda tertawa.Baginda lalu bertanya : Tahukan kamu mengapa aku tertawa?Maka mereka menjawab : Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu.Baginda bersabda : Aku merasa hairan kepada orang Mukmin itu, sesungguhnya Allah tidak menentukan sesuatu kepadanya, kecuali ada saja yang membawa kebaikan kepadanya.

Sunday, October 10, 2010

Antara Perintah ,Fakta Sains & Kecintaan Kepada Allah

Herm...
Banyak fakta2 sains tentang hikmah perintah2 yang Allah turunkan kepada manusia.Contohnya seperti solat, puasa, zikir, ...dan lain2. Solat umpamanya, dengan bersolat tubuh badan akan menjadi sihat, perjalanan darah lancar, waktu2 solat pula mengikut kajian sains terdapat energy2 yg berlainan, kalau bangun malam solat tahajud lak , waktu tu tahap oksigen adalah yang paling baik. kalau berpuasa lak dapat mencuci sistem pemakanan kita, dengan berzikir pulak dapat membuat otak kita lebih fokus dan bijak. Lebih2 lagi kalau pendedahan kajian sains tu datangnya daripada saintis2 barat,mulalah kita rasa lebih yakin bahawa setiap apa yang Allah perintahkan adalah untuk kebaikan manusia padahal Rasulullah S.A.W sendiri telah mengajar kite lebih banyak dan lebih dahulu daripada saintis2 barat skang nih.

Setiap apa yang Allah jadikan/perintahkan tidaklah secara main2 atau suka2.Ada di antaranya yang dapat kita ketahui rahsianya, dan ada yang kita tak tahu.
Tanpa berfikir tentang fakta2 sains yang didedahkan ini, mengapa kite takleh mentaati perintah Allah disebabkan kerana kecintaan kite kepada Allah?tanda kasih sayang kita kepada Allah?

Memang benar waktu tahajud dari segi sainsnye oksigen mmg byk, so baik utk kesihatan ape ke, tajam akal fikiran ape ke, tp hakikatnya, tahajud itu tanda pengorbanan masa tido dan cinta kite pada Allah.
Memang benar dari segi sainsnye puasa itu baik untuk kesihatan dan dapat menguruskan badan (bg yg bercita-cita), tp hakikatnye, puasa wajib or sunat tu tanda sayang dan syukur kite kepada Allah.
Memang benar dari segi sainsnye zikir atau mengaji Al-Quran itu dapat membuat hati tenang dan otak menjadi lebih fokus, tp hakikatnye itu tanda kite sentiasa mengingati Allah.

Aku seronok bila bace fakta2 sains tentang kebenaran dan kehebatan cara hidup Islam.Islam itu mmg agama yg lengkap dan aku pun rase ramai lagi yang bangga dan seronok tentang fakta2 ini. Kadang2 tu dalam forward2 email pun ade, dalam facebook pun ade pasal fakta2 sains dan islam nih.Rasulullah S.A.W mengunyah sebanyak 40 kali sebelum menelan makanan.saintifiknya, makanan tersebut mestilah hancur dlu untuk memudahkannya hadam di dalam perut.Tidak lupa, setiap penyakit juga bermula daripada makanan.Tapi baper ramai yg amalkan?(pesanan utk diri sendiri juga)Fakta sains tentang kehebatan cara hidup Islam mmg tak dapat disangkal lagi,

Kalau pun perintah2 ini tidak mendatangkan faedah kepada manusia sekalipun(sememangnya semua perintah2 daripada Allah berfaedah kepada kehidupan manusia),
Ia harus ditaati juga bukan kerana fakta2 sainsnya, tp
Ia harus ditaati kerana kecintaan kite kepada Allah.