Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan,dia dan DIA

Apabila kamu sudah tiada dia,
Jangan difikir Ramadhan kali ini kamu keseorangan,
Kerana kamu sentiasa ada DIA..

Yang x pernah tinggalkan kamu walau sekelip mate,
atau kadar mase yg lebih cepat dari itu.
Yang x pernah tinggalkan kamu walau selangkah kaki semut,
atau kadar jarak yg lebih pendek dari itu.


Agungkanlah DIA dengan pengagungan yg sebesar-besarnya.

Thursday, August 5, 2010

TANDA-TANDA AKHIR MENJELANG AJAL KITA




Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

Tuesday, August 3, 2010

Singa Yang Baik Hati

Perbualan pertama 10 tahun lepas bukan di hutan ataupun di zoo,tp perbualan ini hanya bertempat di depan toilet selepas kelas.ooo...hisap rokok ye..

"Eh,band lu yg kuar majalah tu kan?tp tulisan die satu hapa jadah pun wa takleh bace, sape r design layout.tak masuk lansung color tulisan dgn background"

"Aummmmmm", jawab singa tu sambil sengih.muke takleh handle

Sejak dari itu, kami mula berkawan rapat.
Dari berkawan kemudian menjadi saudara ke adik beradik hinggalah ke berpegangan tangan dan tido sekatil..oppss....tanak aku.janggut lu kasar sgt.klu lu dah shave janggut,herm...mungkin wa pertimbangkan.wahhahahahaha

Pernah aku tanye beliau,
"Lu rase idup lu bertuah tak?"
Pernah beliau menjawab,
"Wa tak rase bertuah,wa rase bersyukur dgn ape yg ade"

walaupun jawapan tu aku rase macam tak kena je dgn soklan aku, tp aku mengangguk je la tanda aku setuju.malas nak cakap byk, nanti die kuarkan falsafah mengarut die panjang2.

Walaupun kdg2 falsafah dan riak mukenye kdg2 mmg menyampahkan rase macam nak tumbuk je,
Tp tak dapat dinafikan, si singa ni sgt suka membantu rakan2 yg dalam kesusahan.byk mengajar aku erti berbaik sangka pada org lain terutamanya,byk mengajar aku erti tolak ansur,dan byk mengajar aku erti sahabat.

'Seekor'(seorang) yg aku rase tak pernah aku nampak die marah.
'Seekor'(seorang) yg tidak berkira dgn rakan2,
'Seekor'(seorang) yg sanggup hidup susah bersama-sama walaupun familynye kaya,
'Seekor'(seorang) yg sanggup berkongsi sebijik karipap utk dimakan dgn 3 org ketika lapar,
dan 'Seekor'(seorang)yg suke bercakap lemah lembut dgn pompuan2 sambil buat mulut muncung2....bajet pompuan terpikat la..

Beliau pernah muncul sbg 'wira' yg bertindak menghantar aku ke hospital,mengalahkan ambulan.tu pun lepas aku muntah2 kuar tingkap kena lak muntah tu pada bas kilang kat belakang, baru nak kelam kabut drive..ali2..mane la otak ko time tu haaaa..

Beliau bertindak sbg 'penglipur lara' ketika aku kesedihan utk menaikkan semangat aku..walaupun lepas aku dah ok skit aku cakap blek
"lu citer ape ni?asal lu citer2 mende ni kat wa ha??hahahahah.lawak siot!!"
tp sbnrnye sahabat, jauh dalam hati aku, citer2nye mmg sgt bermakna buat aku time tuh.

Beliau menjadi penasihat ketika aku dalam keadaan celaru,ketika aku terbuat salah, dan kdg2 ketika aku tak tahu betul ke tak tindakan aku time tuh.

Lu skang da kawen singa..wa tumpang happy dgn lu.wa tahu lu seorang suami dan bakal ayah yg sgt baek.wa respect cara lu layan wife lu, cara lu layan mak ayah lu,cara lu layan sume rakan2, dan cara lu layan sume manusia.

Terus terang, kdg2 kalau wa buat tersilap dalam sesuatu perkara, wa ade gak teringat lu, klu lu kat tempat wa, lu mesti takkan buat macam ni.

Sahabat,
maybe lu bernaseb baik drpd kami2 yg dekat sini.
tp kalau pun lu berada kat tempat kami,
lu akan tetap 'seekor' (seorang) yg baik hati,
sebab lu adalah lu,
sampai bile2 pun.

kesusahan hidup kita di dunia tak sama,
moga kesenangan kita di akhirat kelak sama ya singa.. :)

Terima Kasih.
Auummmmmmmm!!!!


*tu baru singa, blum masuk citer jerung dan landak.next time citer pasal korang lak.