Tuesday, November 2, 2010

Setakat Mana Keyakinan Kita Pada Allah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Seorang teman ade bercakap tentang kawannya yang mengamalkan ayat2 pengasih untuk mendapatkan jodoh..aku byk berdiam diri sambil berfikir.

Ramai gak yg mengamalkan ayat2 macam nih.ayat pengasih, ayat seribu dinar, ayat untuk musuh jadi gentar dgn kita, dan macam2 ayat lagi.

Ada jugak yg mengatakan jika bace ayat "ni" lepas subuh dan asar, insyallah 7 hari lepas tu akan dapat jodoh.

"Dulu dia ade bace ayat ni la, lepas 7 hari, pompuan tu dtg ke umah dia"

"Ko bace ayat ni 11 kali tiap2 kali lepas solat, sambil bayangkan muka dia, jgn termiss walau sekali pun lepas solat, ko amalkan 7 hari berturut-turut, insyallah dia akan lembut hati pada ko"

Kita bace ayat Quran ni sebenarnye untuk tujuan ape?adakah ikhlas kita bace 11 kali lepas solat, then bayangkan muka org tuh,bukan ke sepatutnye kite bace ayat tersebut, dan memahami ape yg Allah nak sampaikan.Ape pelajaran yg dapat diambil.Bukankah sepatutnye amalan bace ayat2 tuh untuk menguatkan lagi keimanan dan keyakinan kepada Allah?

Ape maksud ayat seribu dinar sbg contoh?

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."




Adakah "ayat" ini yg memberi rezeki ataupun KEYAKINAN kepada Allah bahawa sesiapa yang BERTAKWA & TAWAKKAL kepada Allah, Allah akan sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.Yang memberi keuntungan atau rezeki bukannye ayat seribu dinar yang tergantung besar2 di kedai, dan juga bukan jugak yang diletak sorok2 dalam laci kedai, tapi semuanya adalah daripada Allah.

Adakah kite yakin kepada rezeki daripada Allah jika kita berniaga contohnye, kite melambat-lambatkan solat semata-mata untuk menguruskan perniagaan, takut terlepas customer penting atau job2 penting.Adakah timbul keyakinan pada diri kite kalau tiba2 sahaja kite dilanda masalah, kita mula resah gelisah, padahal kalau betul kite mengamalkan ayat di atas, kita dah tak perlu risau tentang masalah2 tersebut kerana kita yakin Allah sentiasa ada untuk membantu.Apa yang menyebabkan mukmin menjadi kuat dari semua aspek sama ada dari jodoh, kehidupan, rezeki, dan bukannye melalui pengamalan ayat2 tersebut, tetapi adalah pemahaman tentang ayat2 Allah.

Bila kita paham ayat2 Allah melalui pengamalan ayat2 tersebut, barulah timbul rasa yakin bahawa Allah sajalah tempat bergantung. Bila dah timbul rasa yakin bahawa Allah saje tempat bergantung, tak semestinya bace ayat2 tersebut untuk mencapai sesuatu.Kalau Allah dah suka, cuma angkat tangan dan mintak, Allah akan makbulkan.Kalau Allah dah sayang,malas nak angkat tangan, mintak je dalam hati, Insyallah akan bagi.

Pikirkan blek dalam senario kehidupan masyarakat Melayu tentang masalah2 alam ghaib.Rasukan jin, tempat berhantu, umah dibakar hantu, kalau kita bace ayat kursi,jin tu tak lari, mula lah kite panggil bomoh/ustaz untuk halau mende2 tuh.Kita bace Kursi, ustaz tu pun bace Kursi, kenapa bile ustaz bace, jin tu lari??tak betul ke bacaan kite??mungkin bacaan ustaz tu lagi betul?so nape kite tak betulkan?nape kite nak bergantung kepada org lain dalam menyelesaikan masalah?ataupun setakat mana keyakinan kite kepada Allah untuk menyelesaikan masalah?adakah kalau kita dah start panggil bomoh tu bermaksud kite yakin dgn Allah?nape kite tak yakinkan diri sendiri untuk yakin pada Allah?

Mungkin ada yang jawab sebab ustaz/bomoh tu ade ilmu belajar dah lame.adakah ilmu yg dibelajar tu yg membantu atau YAKIN dan HARAP hanya pada Allah yg membantu? .Kita ni tiada ape2 pun.Nothing.Satu nikmat je Allah tarik, terus kite jadi susah.Semuanya milik Allah.Oleh itu, aku berpesan pada diri sendiri, dan pada sape2 yg nak amik pesanan ini, yakinlah pada Allah dalam ape juga perkara.Bila kita dah yakin, takde ape2 pun dalam dunia ni yang akan boleh buat kita risau.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik sandaran & sebaik-baik penolong.

Wednesday, October 20, 2010

Keinginan

Bismillahirrahmanirrahim..


"Lame benar dia solat. mintak 'kerja' satu dah la dari tuhan, mintak byk2 nanti tuhan menyampah lak" gelak brader ni.

Mungkin tujuannye utk bergurau saje dan takde niat pun nak cakap begitu.Aku cuba berbaik sangka dalam semua perkara. Dalam perbuatan, percakapan, perjalanan hidup dan semuanya.

Tiap2 kali lepas solat, bagi yang berdoa dalam bahasa melayu, mesti doa yang tidak terlepas daripada mulut adalah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Kadang2 mende lain kita tak sempat nak mintak pun.Tu bagi yg berdoa, sayang sekali bagi yang lepas solat, lansung tidak berdoa mintak macam2 seolah-olah mereka lupa semua perkara adalah milik Allah.

Selalu tak kalau kita berdoa didahulukan dgn memuji dan berterima kasih pada Allah?Selalu,dalam bahasa arab tuh.cuma kdg2 kita tak paham maksudnya.Tp klu kita berdoa dalambahase melayu, selalu tak kita dahulukan dgn ucapan terima kasih kpd Allah untuk segala-gala yang telah Engkau bagi pada aku selama ni.Kemudian baru diikuti dgn keinginan/permintaan yang kite nak?Ataupun selalu tak kita menadah tangan dan berdoa hanya semata-mata untuk berterima kasih kepada Allah dan tidak meminta apa2 pun (keinikmatan dunia) daripada Allah melainkan untuk akhirat sahaja?

Kdg2 bila ada sesuatu majlis zikir yang sebagai majlis di mana Allah memperkenankan semua doa2 org yang turut serta di dalam majlis tersebut akan membuatkan semua orang beria-ia datang dan bila time berdoa beramai-ramai, perkara yang diminta mula2 oleh kebanyakan daripadanya ialah - murah rezeki,panjang umur, anak pandai, kaya raya, kerja bagus, sihat tubuh badan, kemudian barulah ingat ke akhirat..kuatkan iman, masuk syurga, diredhai Allah, hindar dari dosa dan maksiat, diampunkan dosa2 dan sebagainye, tu pun dah nak time2 imam nak abiskan doa, baru kite ingat mende2 akhirat tuh, kadang2 mintak dalam hati dengan laju2.

Tak salah pun sebenarnye kite berdoa macam2, mmg patut pun dengan daya kite yang lemah dan tak mampu buat ape2 pun dgn izin Allah,mmg sepatutnye kite tidak menyombongkan diri dan berdoa mintak macam2.Cuma kadang2, kita tersalah konsep bahawa segala impian ataupun doa yang dipohon AKAN/MESTI tercapai di dunia nih. salah satu adab berdoa adalah yakin bahawa doa tu akan dimakbulkan Allah.Betul, janji Allah tidak akan dimungkiri.Tapi tidak semestinya makbul di dunia.Walau impian kite tanam sedalam mana pun dalam hati, walau bersungguh macam mane sekalipun keringat dikeluarkan, walau seikhlas mane pun niat kite, walau macam2 mane sekalipun, klu Allah kate tidak, maka tidak la. Bukan nak mematikan semangat, atau keinginan sesetengah orang, tp itulah hakikat yang kena kite terima.

Namun, walaupun semuanya dah tertulis, kite masih dapat mengubahnye dengan berdoa dan berusaha(ye, masih nampak sinar harapan kan?),kerana kite tergolong daripada golongan Ahli Sunnnah Wal jamaah, berdoa dan berusaha dalam menjalani kehidupan ini.Cuma bila tak dapat sesuatu yang diimpikan, janganla bersedih ataupun mule berfikir yang bukan2.Hati mula memberontak dan membelakangi cara hidup yang betul.

Kita tak sedar kot, kalau kita lebihkan berdoa supaya ditetapkan iman dan ditambahkan takwa kepada Allah contohnya,secara tidak lansung kita dapat mencapai apa saja yang kita nak kat dunia.Insyallah

Janganlah kerana keinginan yang satu membuak buak melebihi kesyukuran terhadap apa yang telah diberikan.Kalau udara yang kite sedut, Allah niagakan atau Allah terhadkan satu hari setiap dari kite boleh sedut sebanyak 1000 kali contohnya.Tidakkah keinginan kita atau doa yang paling utama nanti kite akan mintak ialah "Ya Allah, lebihkanlah sikit sedutan udara untuk kami".Mungkin itu je keinginan yang kite sgt2 inginkan sampai rasenye kite takkan mintak murah rezeki jadi kaya raya kot atau ape2 keinginan dunia yang lain lagi.Tapi tidak terjadi macam tu kan?kerana rahmat dari Ar Rahman dan Ar Rahim tu meluas.

Kita mudah lupe nikmat yang sedia ada.Keinginan kita di dunia bukanlah segala-galanya.Kalau tercapai, maka senyum dan bersyukur lah, kalau tak dapat pun, maka senyum dan bersyukurlah. Kalau untuk tercapainya impian tu, kena tunggu masa yang lama dan berliku liku, maka senyum, sabar, dan bersyukurlah. Kalau impian tu tidak tercapai setelah kita berusaha, menunggu dgn lame dan berliku, maka senyum, sabar dan bersyukurlah,kerana kita tetap kita, dan DIA selamanye akan tetap DIA.

Nape manusia macam ni..selalu tak cukup, selalu tak puas dgn ape yg ade.Padahal Allah tu sangatlah menyayangi kita semua.Tak sedar ke kita?

Jadi aku berpesan kepada diri sendiri, dan juga kepada sesiapa yang nak amik pesanan ni, bahawa jika inginkan sesuatu, berdoalah kepada Allah dan berusahalah tanpa jemu, jangan putus asa, mungkin satu hari nanti, akan tiba masa kita putus asa, macam dah putus harapan ,seolah olah dah habis dah segala-galanya tapi tak tercapai jugak keinginan tuh, relak sekejap, tenang kembali, teruskan berdoa dan berusaha,dan bila sampai lak satu mase, dah rase dah tak tahu nak buat ape dah, jangan berhenti berdoa kepada Allah...teruskan lagi berdoa dan berusaha teruskan kehidupan....
Sehinggalah akan sampai satu saat, satu perasaan, satu nikmat, bahawa keinginan asal yg mula2 kita nak tuh dah bukan jadi perkara penting dah. Apa yang lg penting,apa yang lg kita suka, apa yang lagi kita nanti2kan hanyalah 'masa' bersama Allah..

Anas Bin Malik berkata : Mahukah kamu aku ceritakan hadith yang tidak pernah diriwayatkan oleh sesiapa pun melainkan dari diriku sendiri?Iaitu ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW yang sedang duduk, tiba2 baginda tertawa.Baginda lalu bertanya : Tahukan kamu mengapa aku tertawa?Maka mereka menjawab : Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu.Baginda bersabda : Aku merasa hairan kepada orang Mukmin itu, sesungguhnya Allah tidak menentukan sesuatu kepadanya, kecuali ada saja yang membawa kebaikan kepadanya.

Sunday, October 10, 2010

Antara Perintah ,Fakta Sains & Kecintaan Kepada Allah

Herm...
Banyak fakta2 sains tentang hikmah perintah2 yang Allah turunkan kepada manusia.Contohnya seperti solat, puasa, zikir, ...dan lain2. Solat umpamanya, dengan bersolat tubuh badan akan menjadi sihat, perjalanan darah lancar, waktu2 solat pula mengikut kajian sains terdapat energy2 yg berlainan, kalau bangun malam solat tahajud lak , waktu tu tahap oksigen adalah yang paling baik. kalau berpuasa lak dapat mencuci sistem pemakanan kita, dengan berzikir pulak dapat membuat otak kita lebih fokus dan bijak. Lebih2 lagi kalau pendedahan kajian sains tu datangnya daripada saintis2 barat,mulalah kita rasa lebih yakin bahawa setiap apa yang Allah perintahkan adalah untuk kebaikan manusia padahal Rasulullah S.A.W sendiri telah mengajar kite lebih banyak dan lebih dahulu daripada saintis2 barat skang nih.

Setiap apa yang Allah jadikan/perintahkan tidaklah secara main2 atau suka2.Ada di antaranya yang dapat kita ketahui rahsianya, dan ada yang kita tak tahu.
Tanpa berfikir tentang fakta2 sains yang didedahkan ini, mengapa kite takleh mentaati perintah Allah disebabkan kerana kecintaan kite kepada Allah?tanda kasih sayang kita kepada Allah?

Memang benar waktu tahajud dari segi sainsnye oksigen mmg byk, so baik utk kesihatan ape ke, tajam akal fikiran ape ke, tp hakikatnya, tahajud itu tanda pengorbanan masa tido dan cinta kite pada Allah.
Memang benar dari segi sainsnye puasa itu baik untuk kesihatan dan dapat menguruskan badan (bg yg bercita-cita), tp hakikatnye, puasa wajib or sunat tu tanda sayang dan syukur kite kepada Allah.
Memang benar dari segi sainsnye zikir atau mengaji Al-Quran itu dapat membuat hati tenang dan otak menjadi lebih fokus, tp hakikatnye itu tanda kite sentiasa mengingati Allah.

Aku seronok bila bace fakta2 sains tentang kebenaran dan kehebatan cara hidup Islam.Islam itu mmg agama yg lengkap dan aku pun rase ramai lagi yang bangga dan seronok tentang fakta2 ini. Kadang2 tu dalam forward2 email pun ade, dalam facebook pun ade pasal fakta2 sains dan islam nih.Rasulullah S.A.W mengunyah sebanyak 40 kali sebelum menelan makanan.saintifiknya, makanan tersebut mestilah hancur dlu untuk memudahkannya hadam di dalam perut.Tidak lupa, setiap penyakit juga bermula daripada makanan.Tapi baper ramai yg amalkan?(pesanan utk diri sendiri juga)Fakta sains tentang kehebatan cara hidup Islam mmg tak dapat disangkal lagi,

Kalau pun perintah2 ini tidak mendatangkan faedah kepada manusia sekalipun(sememangnya semua perintah2 daripada Allah berfaedah kepada kehidupan manusia),
Ia harus ditaati juga bukan kerana fakta2 sainsnya, tp
Ia harus ditaati kerana kecintaan kite kepada Allah.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan,dia dan DIA

Apabila kamu sudah tiada dia,
Jangan difikir Ramadhan kali ini kamu keseorangan,
Kerana kamu sentiasa ada DIA..

Yang x pernah tinggalkan kamu walau sekelip mate,
atau kadar mase yg lebih cepat dari itu.
Yang x pernah tinggalkan kamu walau selangkah kaki semut,
atau kadar jarak yg lebih pendek dari itu.


Agungkanlah DIA dengan pengagungan yg sebesar-besarnya.

Thursday, August 5, 2010

TANDA-TANDA AKHIR MENJELANG AJAL KITA




Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

Tuesday, August 3, 2010

Singa Yang Baik Hati

Perbualan pertama 10 tahun lepas bukan di hutan ataupun di zoo,tp perbualan ini hanya bertempat di depan toilet selepas kelas.ooo...hisap rokok ye..

"Eh,band lu yg kuar majalah tu kan?tp tulisan die satu hapa jadah pun wa takleh bace, sape r design layout.tak masuk lansung color tulisan dgn background"

"Aummmmmm", jawab singa tu sambil sengih.muke takleh handle

Sejak dari itu, kami mula berkawan rapat.
Dari berkawan kemudian menjadi saudara ke adik beradik hinggalah ke berpegangan tangan dan tido sekatil..oppss....tanak aku.janggut lu kasar sgt.klu lu dah shave janggut,herm...mungkin wa pertimbangkan.wahhahahahaha

Pernah aku tanye beliau,
"Lu rase idup lu bertuah tak?"
Pernah beliau menjawab,
"Wa tak rase bertuah,wa rase bersyukur dgn ape yg ade"

walaupun jawapan tu aku rase macam tak kena je dgn soklan aku, tp aku mengangguk je la tanda aku setuju.malas nak cakap byk, nanti die kuarkan falsafah mengarut die panjang2.

Walaupun kdg2 falsafah dan riak mukenye kdg2 mmg menyampahkan rase macam nak tumbuk je,
Tp tak dapat dinafikan, si singa ni sgt suka membantu rakan2 yg dalam kesusahan.byk mengajar aku erti berbaik sangka pada org lain terutamanya,byk mengajar aku erti tolak ansur,dan byk mengajar aku erti sahabat.

'Seekor'(seorang) yg aku rase tak pernah aku nampak die marah.
'Seekor'(seorang) yg tidak berkira dgn rakan2,
'Seekor'(seorang) yg sanggup hidup susah bersama-sama walaupun familynye kaya,
'Seekor'(seorang) yg sanggup berkongsi sebijik karipap utk dimakan dgn 3 org ketika lapar,
dan 'Seekor'(seorang)yg suke bercakap lemah lembut dgn pompuan2 sambil buat mulut muncung2....bajet pompuan terpikat la..

Beliau pernah muncul sbg 'wira' yg bertindak menghantar aku ke hospital,mengalahkan ambulan.tu pun lepas aku muntah2 kuar tingkap kena lak muntah tu pada bas kilang kat belakang, baru nak kelam kabut drive..ali2..mane la otak ko time tu haaaa..

Beliau bertindak sbg 'penglipur lara' ketika aku kesedihan utk menaikkan semangat aku..walaupun lepas aku dah ok skit aku cakap blek
"lu citer ape ni?asal lu citer2 mende ni kat wa ha??hahahahah.lawak siot!!"
tp sbnrnye sahabat, jauh dalam hati aku, citer2nye mmg sgt bermakna buat aku time tuh.

Beliau menjadi penasihat ketika aku dalam keadaan celaru,ketika aku terbuat salah, dan kdg2 ketika aku tak tahu betul ke tak tindakan aku time tuh.

Lu skang da kawen singa..wa tumpang happy dgn lu.wa tahu lu seorang suami dan bakal ayah yg sgt baek.wa respect cara lu layan wife lu, cara lu layan mak ayah lu,cara lu layan sume rakan2, dan cara lu layan sume manusia.

Terus terang, kdg2 kalau wa buat tersilap dalam sesuatu perkara, wa ade gak teringat lu, klu lu kat tempat wa, lu mesti takkan buat macam ni.

Sahabat,
maybe lu bernaseb baik drpd kami2 yg dekat sini.
tp kalau pun lu berada kat tempat kami,
lu akan tetap 'seekor' (seorang) yg baik hati,
sebab lu adalah lu,
sampai bile2 pun.

kesusahan hidup kita di dunia tak sama,
moga kesenangan kita di akhirat kelak sama ya singa.. :)

Terima Kasih.
Auummmmmmmm!!!!


*tu baru singa, blum masuk citer jerung dan landak.next time citer pasal korang lak.

Thursday, July 22, 2010

Merenung Bintang

Kdg2 bila blek keje lewat2 malam,
Aku kuar dari keter,
aku tenung bintang2 kat langit.
Nak lagi nampak x senonoh tp masih mengekalkan keayuan,
aku duduk mencangkung sambil menongkat dagu..

Naseb baik lewat malam, takde org nampak,
melainkan anjing2 perumahan yg telah bersiap sedia
utk mengejar mane2 mat2 motor yg lalu kat kawasan tuh.
tp yg selalu kena kejar, budak umah aku la.si Yakob tuh.

Tapi dah 2 malam tak nampak bintang.
Mendung..

'Langit' tak selalunya cerah ye Ali.......
Sila bertabah.