Thursday, July 22, 2010

Merenung Bintang

Kdg2 bila blek keje lewat2 malam,
Aku kuar dari keter,
aku tenung bintang2 kat langit.
Nak lagi nampak x senonoh tp masih mengekalkan keayuan,
aku duduk mencangkung sambil menongkat dagu..

Naseb baik lewat malam, takde org nampak,
melainkan anjing2 perumahan yg telah bersiap sedia
utk mengejar mane2 mat2 motor yg lalu kat kawasan tuh.
tp yg selalu kena kejar, budak umah aku la.si Yakob tuh.

Tapi dah 2 malam tak nampak bintang.
Mendung..

'Langit' tak selalunya cerah ye Ali.......
Sila bertabah.

Sunday, July 18, 2010

Kerja Yang Hebat

Terima kasih Tuhan utk hadiah terkejut (surprise present) malam ni.
Seronok sekali..

Terima kasih Tuhan kerana bagi aku kekuatan utk menghadapinye.
Tenang sekali..

Aku berterima kasih,
Maka tambahkan lagi keseronokan ini.
Namun, jika hanya setakat malam ini saja,
Aku tetap berterima kasih,
Kerana Kamu Tuhan memberi lebih byk drpd Kamu mengambil.
Dan kalau pun Kamu mengambil dari ku lebih byk dari Kamu memberi,
Ape hak ku utk membantah kehendakMu?

Aku menunggu,
Walau paling cepat adalah bertahun lamenye.
Aku bersabar,
Jika itulah jalan yang terbaik untuk ku.

Aku tidak boleh memaksa Kamu menerima doaku,
Tapi aku 'memaksa' diriku utk menerima ketentuanMu sehingga aku redha.

PerancanganMu sukar diduga wahai Allah,
Tapi hasil kerjaMu..

Hebat Sekali.





.

Monday, July 5, 2010

Kisah Tren & Sebuah Keluarga

Dalam tren yg dipenuhi dgn ramai manusia yg baru blek keje,
macam2 jenis org yg bleh aku tengok.
Mata masih lg mencari-cari sesuatu utk aku pelajari hari itu.

Sudah jumpa.
Adakah aku ternampak awek hot?
oh bukan2..

Di satu sudut ternampak sepasang suami isteri yg sedang berbual..
Si isteri sedang duduk dan si suaminya berdiri.
Mesra sekali.
Mula2 aku tersenyum tgk gelagat mereka.

Tiba2 senyumku bertukar kepada kasihan
apabila melihat mata si isteri.
Terpejam,buta..

Ketika 'perempuan mesin' mengumumkan stesen perhentian yg seterusnye,
Hati tibe2 bertukar sayu,
Baru kelihatan anak lelaki mereka, buta sebelah mata,
Baru kelihatan mata suaminye juling,
Anak perempuannya saja yg bermata sempurna.

Dalam kesesakan tren,
Mereka dalam keadaan beratur,
Anak perempuannya di depan sekali,
Diikuti anak lelaki,
Kemudian si suami,
Dan di belakang sekali si isteri
yg memegang bahu si suami dgn kedua belah tgnnye sebagai guide
utk keluar dari tren.

Di dalam tren yg sudah mula lengang,
Bayang2 aku pada cermin tren,
aku boleh nampak dgn MATA aku sendiri.

Pada siapa lagi harus aku bersyukur?
Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dgn sia2

Thursday, July 1, 2010

Pak Su

Dlu aku penah ade Ayah Su..

Adik mak aku.Rapat sgt dgn beliau.
Duk kat kl,last sekali die keje sbg mekanik untuk syarikat bus ape name dah lupe.

Time mak aku pregnantkan aku 2 bulan, abah dah takde, accident dgn lori,so ayah su
aku la jadi tempat aku bergurau senda dan bermanje.Dlu kecik2 aku dgn akak tak rapat sgt, asyik gado jek, maybe sbb kami lain mak..tp arwah abah same.

Tiap2 kali ayah su blek kampung, die akan bawak aku ronda2 naik moto buruk.keliling kampung usha2 awek2 dan tidak ketinggalan usha lembu2 betina kat sawah.wuhawuhawuha.
Tu pun b4 ayah su kawen la, die selalu blek kampung, tp bile die dah kawen, die jarang blek kampung..kdg2 aku rase sunyi lak.

Ayah Su dah lame arwah.kanser usus perut klu tak silap aku, sbb time tu aku kecik lg..Masa hari2 terkahir kat hospital, die sempat lagi bagi nasihat kat aku suh jaga mak aku baek2.Tp melalui isyarat tgn dan mate, sbb time tu die dah tak larat nak bergerak and bercakap.Sedih sgt time tuh, ramai sedara mara kat situh tak dapat tahan sebak..Malamnya Ayah Su pergi dengan meninggalkan sorang isteri and 2 org anak.

Tp skang aku lak bertugas sebagai Pak Su untuk 2 org anak sedara yg comel macam arnab yg naif.Ayah dorang pun dah takde.Wahai anak2 arnab, rindunye kt korang..hehe.minggu depan nak blek jupe korang..bersiap sedia untuk digomol dgn rakus skali yek.

Allah, panjangkan umurku,
supaya aku dapt jadi seorang Pak Su yg baek.
supaya aku dapat jaga mak aku dgn sabar ketika die dah tua.
supaya aku dpat jadi adik yg bertanggungjawab.
dan supaya aku dapat jadi hambaMu yg taat.

Mak,anak2 arnab,dan akak.
Dan klu korang ade kurang skit daripada org2 di atas,
bandingkan pula dgn kehidupan anak2 yatim piatu.