Sunday, October 10, 2010

Antara Perintah ,Fakta Sains & Kecintaan Kepada Allah

Herm...
Banyak fakta2 sains tentang hikmah perintah2 yang Allah turunkan kepada manusia.Contohnya seperti solat, puasa, zikir, ...dan lain2. Solat umpamanya, dengan bersolat tubuh badan akan menjadi sihat, perjalanan darah lancar, waktu2 solat pula mengikut kajian sains terdapat energy2 yg berlainan, kalau bangun malam solat tahajud lak , waktu tu tahap oksigen adalah yang paling baik. kalau berpuasa lak dapat mencuci sistem pemakanan kita, dengan berzikir pulak dapat membuat otak kita lebih fokus dan bijak. Lebih2 lagi kalau pendedahan kajian sains tu datangnya daripada saintis2 barat,mulalah kita rasa lebih yakin bahawa setiap apa yang Allah perintahkan adalah untuk kebaikan manusia padahal Rasulullah S.A.W sendiri telah mengajar kite lebih banyak dan lebih dahulu daripada saintis2 barat skang nih.

Setiap apa yang Allah jadikan/perintahkan tidaklah secara main2 atau suka2.Ada di antaranya yang dapat kita ketahui rahsianya, dan ada yang kita tak tahu.
Tanpa berfikir tentang fakta2 sains yang didedahkan ini, mengapa kite takleh mentaati perintah Allah disebabkan kerana kecintaan kite kepada Allah?tanda kasih sayang kita kepada Allah?

Memang benar waktu tahajud dari segi sainsnye oksigen mmg byk, so baik utk kesihatan ape ke, tajam akal fikiran ape ke, tp hakikatnya, tahajud itu tanda pengorbanan masa tido dan cinta kite pada Allah.
Memang benar dari segi sainsnye puasa itu baik untuk kesihatan dan dapat menguruskan badan (bg yg bercita-cita), tp hakikatnye, puasa wajib or sunat tu tanda sayang dan syukur kite kepada Allah.
Memang benar dari segi sainsnye zikir atau mengaji Al-Quran itu dapat membuat hati tenang dan otak menjadi lebih fokus, tp hakikatnye itu tanda kite sentiasa mengingati Allah.

Aku seronok bila bace fakta2 sains tentang kebenaran dan kehebatan cara hidup Islam.Islam itu mmg agama yg lengkap dan aku pun rase ramai lagi yang bangga dan seronok tentang fakta2 ini. Kadang2 tu dalam forward2 email pun ade, dalam facebook pun ade pasal fakta2 sains dan islam nih.Rasulullah S.A.W mengunyah sebanyak 40 kali sebelum menelan makanan.saintifiknya, makanan tersebut mestilah hancur dlu untuk memudahkannya hadam di dalam perut.Tidak lupa, setiap penyakit juga bermula daripada makanan.Tapi baper ramai yg amalkan?(pesanan utk diri sendiri juga)Fakta sains tentang kehebatan cara hidup Islam mmg tak dapat disangkal lagi,

Kalau pun perintah2 ini tidak mendatangkan faedah kepada manusia sekalipun(sememangnya semua perintah2 daripada Allah berfaedah kepada kehidupan manusia),
Ia harus ditaati juga bukan kerana fakta2 sainsnya, tp
Ia harus ditaati kerana kecintaan kite kepada Allah.

No comments:

Post a Comment