Saturday, May 22, 2010

Hadiah Harijadi Yang Dilupakan

Mohd Ali Bin Idris
23 May 1982 - sekarang

Selamat hari lahir Ali.
Sudah tua kamu.
Sudah 28 tahun.
Sudahkah anda membayar cukai tanah?
Blom cik, saya takde tanah.

Drive keter, dan cubalah 'dongak' ke langit.
Makan di mamak, dan cubalah 'pandang' pada orang lain.
Duduk melepak, dan cubalah 'berfikir' tentang kejadian.
Bekerja di opis, dan cubalah 'bekerja' dengan tujuan.

Dari mane datangnye air masuk ke dalam buah kelapa?
Kucing beranak kucing, tidak akan beranak biawak,
Pisang akan berbuah pisang, sesekali tidak akan berbuah tomato,
Burung akan sentiasa terbang di langit, tak akan ade burung menyelam
di dalam laut,
Langit bumi masih lagi biru, bile tibe masenye nanti akan menjadi merah.

Satu keadaan bila :
-sume yang berlaku di sekeliling korang, membuatkan korang berfikir.

Dua keadaan di mana sumenye:
- sudah diberi secara 'percuma' dari mula dilahirkan samada dimintak atau tidak.
- dengan izinNya

28 tahun penuh kenikmatan :
* anggota badan sempurna bila mana ade org yang cacat seumur hidup.
* makan minum sentiasa cukup bila mana ade org kebuluran.
* waras akal fikiran bila mana ramai yg jadi gile dgn dunia.
* keluarga penyayang yg sentiasa berada bersama bila mana ramai lg yg yatim piatu.
* kawan2 yang baek2 hati bila mana ramai kawan yang makan kawan.
* dilahirkan Islam bila mana ramai lagi yang tidak.
* lain2 nikmat yg tidak terhitung.

nikmat mane lagi yg nak kite dustakan??
bile rase diri serba kekurangan,
bile rase diri byk masalah,
pandanglah org yg di 'bawah' kite,
kemudian bersyukur la pada yg di 'ATAS' kite,

27 tahun lepas aku dapat hadiah2 nih.
28 tahun skang masih lg mendapat hadiah2 ni + extra hadiah yg special iaitu
KESEDARAN. Sebab selama ni aku lupe tentang hadiah2 nih.

Hadiah paling besar kite dapat time birthday ialah...
Letak tapak tangan kamu ke dada sebelah kiri...
Dapat rase tak degupan jantung?

Alhamdulillah.Terima kasih tuhan, sbb bagi aku hadiah nih setiap tahun

2 comments:

  1. Dear Ali,

    Bagus. Teruskan menulis. Terus. Jangan berhenti.

    *selamat hari jadi, semoga terus menjadi :-)

    ReplyDelete
  2. alamak..guru la..ni segan nih.
    sila beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete